Tankōbon

Tankōbon (単行本) merupakan perkataan dalam bahasa Jepun yang merujuk kepada sebuah buku yang telah lengkap secara sendiri dan tidak termasuk dalam sebuah siri (serupa dengan istilah monograf), namun industri manga menggunakannya untuk jilid-jilid yang mungkin sekali berada di dalam sebuah siri.[1][2] Perkataan ini boleh merujuk kepada novel-novel, buku-buku teks mahupun buku-buku fesyen dan lain-lain lagi. Perkataan ini adalah lebih khusus daripada perkataan hon yang juga merangkumi kategori yang sama, namun tankōbon merangkumi terbitan yang berkala, contohnya seperti sebuah (atau beberapa buah) ensiklopedia. Tankōbon tidak merangkumi bunkobon (文庫本, seringkali digunakan untuk novel-novel), shinso (新書, seringkali digunakan untuk buku-buku pengetahuan tinggi), mahupun mukku (ムック, termasuk beberapa gambar) kerana mereka terdiri dalam sebuah siri. Tankōbon tidak mempunyai format-format yang tetap, di antaranya ialah mamehon, (豆本). Tankōbon umum yang baru sering digelar kuarto atau perlapan dalam bahasa Inggeris.