Tapak_Sulaiman
Tapak_Sulaiman

Tapak_Sulaiman

Tapak Sulaiman ialah sejenis hidupan laut dari kelas Asteroidea. Bentuknya bercabang lima (atau lebih) dan kulitnya agak keras dan menggerutu. Di bahagian atas ada corak berwarna kuning kemerahan. Sementara di bahagian tapak, berwarna putih. Tapak sulaiman telah wujud sejak 450 juta tahun dahulu iaitu Zaman Ordovician.