Taraf_politik_Taiwan
Taraf_politik_Taiwan

Taraf_politik_Taiwan

Pertikaian mengenai taraf politik Taiwan bergantung pada sama ada Taiwan, termasuk kepulauan Pescadores (Penghu), sewajarnya kekal bebas sebagai wilayah Republik China (ROC), disatukan semula dengan wilayah-wilayah naungan Republik Rakyat China (PRC), atau mengisytiharkan kemerdekaan secara rasmi lalu menjadi Republik Taiwan. Kontroversi mengenai taraf politik Republik China pula bergantung pada sama ada kewujudannya sebagai negara adalah sah dan diiktiraf.Kini, Taiwan, Penghu, Kinmen (Quemoy), Matsu dan beberapa buah pulau kecil yang lain pada hakikatnya bernaung di bawah bidang kuasa negara yang dikenali sebagai Republik China. ROC memerintah tanah besar China, serta menuntut kedaulatan terhadap Mongolia Luar dan Tannu Uriankhai (kini sebahagian wilayah Tuva, Rusia) sebelum tewas di Perang Saudara China lalu memindahkan pentadbirannya ke Taipei pada Disember 1949. Semenjak ROC kehilangan kerusinya di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1971 (lalu diganti oleh PRC), kebanyakan negeri berdaulat telah mengalihkan pengiktirafan diplomasinya ke PRC, maka mengakui atau mengiktiraf PRC sebagai wakil sah tunggal bagi seluruh tanah China. Pada Januari 2008, ROC menjalin hubungan diplomatik rasmi bersama 23 buah negara berdaulat,[1] namun hubungan de facto masih dikekalkan bersama hampir semua negara lain. Agensi-agensi seperti Jabatan Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei dan Institut Amerika di Taiwan berfungsi sebagai kedutaan de facto tanpa taraf diplomatik rasmi. Kerajaan ROC dahulunya menganggap dirinya sebagai kerajaan sah tunggal yang menaungi China dan juga bekas wilayahnya. Namun sejak awal 1990-an, pendirian ini makin terabai dan sudah berubah menjadi tidak mencabar kesahan pemerintahan PRC terhadap tanah besar China. Namun begitu, tuntuan ROC tidak pernah dilepaskan melalui pindaan perlembagaan; kedua-dua pihak PRC dan ROC mengadakan hubungan antara selat melalui agensi-agensi khusus (seperti Majlis Hal Ehwal Tanah Besar ROC), dan bukannya melalui kementerian luar negara. Pihak-pihak berbeza pun berlainan konsepnya mengenai bagaimana situasi politik rasmi Taiwan masa kini.Tambahan pula, keadaan mungkin makin mengelirukan kerana perbezaan pendapat pihak-pihak terbabit serta usaha banyak pihak untuk menangani kontroversi ini melalui dasar kekaburan sengaja. Penyelesaian politik yang diterima kebanyakan pihak-pihak kini ialah perspektif status quo yang berikut: iaitu, secara tidak rasminya menganggap Taiwan sebagai sebuah negeri dan sekurang-kurangnya, mengisytiharkan secara rasmi untuk tidak menyokong kerajaan negeri ini yang hendak mengisytiharkan kemerdekaan secara rasmi. Apa yang terkandung dalam sesuatu perisytiharan rasmi kemerdekaan tidak jelas sekali dan agak mengelirukan kerana Republik Rakyat China tidak pernah menguasai Taiwan sejak pengasasannya serta kenyataan bahawa Republik China yang kerajaannya menguasai Taiwan, menganggap dirinya sebuah negeri berdaulat secara de jure. Status quo ini diterima secara meluas kerana tidak menentukan takat sah atau masa depan Taiwan, oleh itu membolehkan setiap pihak mentafsirkan situasi ini secara mudah diterima dari segi politik oleh ahli-ahlinya. Pada masa yang sama, sebuah dasar status quo pernah dibidas sebagai amat berbahaya khususnya kerana lain pihak lain tafsirannya mengenai status quo tersebut, membawa kepada kemungkinan peperangan melalui nekad-siaga atau silap percaturan.

Rujukan

WikiPedia: Taraf_politik_Taiwan http://www.aph.gov.au/library/pubs/rp/2000-01/01rp... http://www.chinadaily.com.cn/english/doc/2004-12/1... http://english.people.com.cn/200410/10/eng20041010... http://www.gwytb.gov.cn:8088/detail.asp?table=Whit... http://www.hindu.com/thehindu/holnus/0032008011418... http://www.iht.com/articles/ap/2007/05/01/asia/AS-... http://www.strategypage.com/dls/articles/200751700... http://www.taipeitimes.com/News/front/archives/200... http://www.taipeitimes.com/News/taiwan/archives/20... http://www.taiwanadvice.com/harintmcexc.htm