Taranum
Taranum

Taranum

Taranum dari segi bahasa adalah lagu. Taranum dari segi istilah pula memberi maksud mencantikkan dan mengelokkan suara mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Ia membawa maksud ilmu atau kaedah memperelok atau memperindah bacaan al-Quran secara berlagu.[1] Tujuan mengalunkan seni suara ini adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca terhadap kecantikan dan keindahan kalimah-kalimah Allah serta mampu menghayati uslub-uslub al-Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, roh, serta dapat beramal dengannya.Di Malaysia, kaedah ini dikenali dengan nama Taranum al-Quran sempena sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud, "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (taranum) bacaan al-Quran."[2]Terdapat pelbagai aliran taranum seperti misri, hijazi, iraqi, kurdi dan ajami. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran misri.[2]