Tari_Tirana

Tari Tirana ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Radius One yang disiarkan dalam slot Lestary TV3 dari 25 Ogos 2009 hingga 23 Februari 2010. Drama ini dibintangi oleh Wan Sharmila sebagai Tirana, seorang gadis remaja kelahiran Singapura yang berusaha untuk menubuhkan kumpulan tariannya sendiri bagi memasuk pertandingan tarian namun terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan. Kesemua 26 episod Tari Tirana diarah oleh Shahrulezad Mohameddin.