Tasik_Chini
Tasik_Chini

Tasik_Chini

Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September.Tasik ini merupakan kawasan kurang penduduk.