Taubat

Taubat, (Arab, taubat), bermaksud berasa bersalah atau menyesal atas segala perbuatan yang tidak sesuai dengan ajaran agama. Taubat nasuha bermaksud taubat yang sebenar-benarnya dengan janji tidak akan mengulanginya lagi.Dalam agama Kristian di Malaysia perkataan taubat digunakan untuk menterjemahkan perkataan metanoia dalam bahasa Yunani, yang bermaksud "berbalik 180 darjah dari kehidupan yang lama" atau "meninggalkan cara hidup yang lama". Dalam lingkungan Gereja Roman Katolik, taubat dilakukan setelah pengakuan dosa, dengan mengambil sakramen taubat, iaitu salah satu daripada tujuh sakramen yang diakui oleh Gereja Katolik.