Taur_Matan_Ruak
Taur_Matan_Ruak

Taur_Matan_Ruak

José Maria Vasconcelos, lebih terkenal sebagai Taur Matan Ruak (bahasa Tetum: "Dua Mata Tajam") ialah bekas Mejar Jeneral dan komander FALINTIL-Forças de Defesa de Timor-Leste (F-FDTL), Pasukan Pertahanan Timor Leste, sehingga 6 Oktober 2011. Sebelum berkhidmat dengan F-FDTL, beliau merupakan komander terakhir Angkatan Tentera Pembebeasan Kebangsaan Timor Timur atau Falintil (Forças Armadas para a Liberação Nacional do Timor Leste), tentera pemberontak yang menentang pendudukan pulau itu oleh Indonesia, dari 1975 hingga 1999.Selepas meletak jawatan daripada tentera, Ruak menyertai pilihan raya presiden Mac-April 2012. Walaupun bertanding sebagai calon bebas, beliau mendapat sokongan parti kedua terbesar di negara itu, Kongres Nasional bagi Pembinaan Semula Timur Leste (CNRT) pimpinan Perdana Menteri Xanana Gusmao.[1] Beliau akhirnya menewaskan Francisco Guterres dalam pusingan kedua pada 16 April.[2]

Berkaitan