Taurat
Taurat

Taurat

Sebahagian daripada siri berkaitan

Islam
Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar
Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • HajiMakkah • Madinah
BaitulmuqaddisAidilfitri • AidiladhaHukumAl-Quran • Sunnah • HadisSejarahGaris Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • KhilafahTokoh IslamMuhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi
MazhabAhli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • HanbaliBudaya Dan MasyarakatAkademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • PolitikLihat jugaKritikan • Islamofobia
GlosariKitab Taurat (b. Arab: توراة, tawrāṯ) ialah salah satu daripada empat buah kitab Islam. Kitab ini mengandungi wahyu Allah Taala kepada Nabi Musa a.s. Ia dihantarkan secara khusus untuk Bani Israel. Kitab Taurat merupakan kesinambungan kitab Nabi Allah yang terdahulu dan diikuti dengan penurunan kitab Zabur, kemudian diikuti dengan penurunan kitab Injil dan kitab suci yang terakhir iaitu Al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebagai penggenap kepada semua kitab-kitab suci yang sebelumnya. Dengan turunnya Al-Quran, secara tidak langsung semua ajaran kitab-kitab yang terdahulu termansuh dengan sendirinya.Al-Quran menyatakan bahawa Injil dan Taurat telah ditahrif (diubahsuai iaitu ditokok tambah dan dikurangi) oleh penganut-penganutnya yang menyeleweng selepas Nabi Musa wafat dan Nabi Isa diangkat ke langit.Di dalam surah al-Ma'idah, ayat 13 - 14, Allah Taala berfirman yang bermaksud:(dipetik dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an terbitan Bahagian Hal Ehwal; Islam, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia)13. "Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan kianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maaflah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya."14."Dan di antara orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini orang-orang Nasrani, Kami (tuhan) juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari Kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan."[al-Quran 5:13-14 (Basmeih)]

Taurat