Team_Lotus_(2010–11)
Team_Lotus_(2010–11)

Team_Lotus_(2010–11)

Lotus Racing (kemudiannya dinamakan sebagai Team Lotus) merupakan nama yang diberikan kepada pasukan milikan penuh Malaysia dalam Formula Satu, yang berpangkalan di United Kingdom, pada musim 2011. Pasukan ini dinamakan sebagai Lotus Racing pada tahun 2010, dan menggunakan nama syarikat 1Malaysia Racing Team.[1]Pasukan ini ditubuhkan oleh beberapa ahli perniagaan Malaysia, yang diketuai oleh Tony Fernandes, dengan menggunakan lesen daripada pemilik Proton, Lotus Cars, untuk menggunakan nama Lotus dalam Formula Satu. Pasukan ini memasuki Formula Satu selepas pengunduran pasukan BMW pada tahun 2009. Selepas lesen tersebut ditamatkan, pasukan ini menggunakan nama Team Lotus untuk musim 2011.Caterham Group ditubuhkan selepas Fernandes membeli pengilang kereta British, Caterham Cars.[2] Walaupun Team Lotus telah menjadi sebahagian daripada kumpulan itu, mereka terus bersaing di bawah nama Lotus untuk musim 2011. Nama pasukan ini ditukar kepada "Caterham F1 Team" pada akhir tahun 2011, dan akan bersaing di bawah jenama Caterham bersama-sama dengan pasukan GP2 Series, Caterham Racing GP2 Team.

Team_Lotus_(2010–11)

Pusingan terpantas 0
Petak pertama 0
Perlumbaan terakhir Grand Prix Brazil 2011
Pangkalan Hingham, Norfolk, United Kingdom
Podium 0
Perlumbaan pertama Grand Prix Bahrain 2010
Nama penuh Team Lotus (2011)
Lotus Racing (2010)
Pemandu terbaik Heikki Kovalainen
Jarno Trulli
Karun Chandhok
KejuaraanPemandu 0
Kakitangan terbaik Riad Asmat
Tony Fernandes
Mike Gascoyne
Kamarudin Meranun
SM Nasarudin
Keith Saunt
Mia Sharizman
KejuaraanPengeluar 0
Nama seterusnya Caterham F1 Team
Perlumbaan 38
Kemenangan perlumbaan 0

Rujukan

WikiPedia: Team_Lotus_(2010–11) http://www.autosport.com/news/report.php/id/78691 http://www.autosport.com/news/report.php/id/80563 http://www.autosport.com/news/report.php/id/80888 http://www.autosport.com/news/report.php/id/81802 http://www.autosport.com/news/report.php/id/86677 http://www.autosport.com/news/report.php/id/87532 http://www.autosport.com/news/report.php/id/88743 http://www.autosport.com/news/report.php/id/89072 http://www.bernama.com/bernama/v6/newsindex.php?id... http://www.caterhamf1.com