Teater_muzikal

Teater muzik[al] adalah sebuah bentuk pementasan teater yang menggabungkan lagu-lagu, dialog, aksi lagak dan tarian. Cerita dan emosi yang dibawakan dalam penceritaan pementasan begini sama ada ia gelak tawa, rasa kesedihan, cinta mahupun kemarahan disampaikan melalui kata, musik, pergerakan dan teknikal aspek hiburan secara bersepadu dan menyeluruh. Ia dibezakan dengan bentuk pementasan lain yang cenderung bertindih seperti opera dan tarian melalui kepentingan yang setara diberikan kepada muzik sepertimana dialog, pergerakan serta unsur yang lain.Pementasan ini umumnya banyak dilakukan di tempat-tempat besar seperti teater Broadway di Bandar Raya New York atau teater West End, di London. Namun ia mungkin juga akan diadakan di tempat yang lebih kecil (misalnya dalam peringkat Off-Broadway, Off-Off-Broadway mahupun komuniti) atau dalam suatu program jelajah, malah juga secara peringkat amatur seperti di gereja dan sekolah.