Teatro alla Scala atau juga dikenali sebagai
La Scala yang terletak di
Milan,
Itali, adalah salah sebuah
panggung opera yang amat terkenal dan dianggap sebagai paling bersejarah di dunia dengan mempersembahkan banyak
opera-opera ternama di bawah gubahan
penggubah-penggubah terkenal ketika mereka masih hidup antaranya
Antonio Salieri,
Gioachino Rossini,
Vincenzo Bellini,
Gaetano Donizetti,
Giuseppe Verdi dan
Giacomo Puccini.Teater ini dirasmikan pada
Ogos 3,
1778 di bawah nama Nuovo Regio Ducal Teatro alla Scala dengan mempersembahkan
opera penggubah Antonio Salieri berjudul Europa riconosciuta.
Rumah opera yang terdahulu, Teatro Ducale, musnah dijilat api pada
Februari 25,
1776 selepas menyambut sebuah gala karnival. Oleh itu, sekumpulan dari sembilan puluh orang-orang kaya
Milan, yang memiliki palchi (kotak tempat duduk peribadi) di teater tersebut menulis surat kepada Archduke Ferdinand I dari
Austria memohon agar sebuah
rumah opera sementara dibina sehingga teater yang baru siap dibina. Seorang arkitek neo-klasikal Giuseppe Piermarini merangka pelan reka bentuk namun ditolak oleh Count Firmian (seorang governor
Austria).Pelan reka bentuk yang kedua diluluskan pada tahun
1776 oleh Maharani Maria Theresa dari
Austria. Teater yang baru ini dibina di tapak lama gereja Santa Maria della Scala, yang mana
rumah opera ini mendapat namanya.Rancangan asal untuk menjadikan teater ini sebagai sementara kini bertukar kepada
rumah opera yang bersejarah, terkenal dan kekal sehingga ke hari ini.