Tekanan_saham

Tekanan singkat (Jawi: ‏تکنن سيڠکت‎) dalam suatu pasaran saham membawa maksud peningkatan harga saham secara mengejut dan mendadak secara dasarnya akibat faktor teknik dalam pasaran berbanding faktor fundamental. Apabila terdapat kekurangan penawaran serta peningkatan permintaan, tekanan singkat boleh berlaku kerana penjual saham spekulasi (penjual pendek) menunaikan (mencairkan) kedudukan masing-masing.[1]