Telangana
Telangana

Telangana

Telangana adalah negeri yang ke-29 dan terbaru di India. Dahulu ia merupakan sebahagian daripada negeri Hyderabad yang diperintah oleh raja-raja Nizam semasa British sehingga tahun 1947. Pada 1948 ia menyertai Kesatuan India. Pada tahun 1956, negeri Hyderabad dibubarkan dan Andhra Pradesh telah digabungkan dengan Telangana membentuk Andhra Pradesh. Pada 2 Jun 2014, Andhra Pradesh di bahagi dua dan Telangana menjadi negeri ke-29 di India. Bandar Hyderabad akan menjadi ibu negeri Telangana. Telangana adalah negeri kedua belas terbesar dari segi saiz dan bilangan penduduk.Telangana bersempadan dengan negeri Maharashtra, Karnataka, Chhattisgarh dan Odisha. Luasnya 114.840 kilometer persegi dan bilangan penduduk seramai 35286757 (bancian 2011). Bandar-bandar besar seperti Hyderabad, Secunderabad, Warangal, Nizamabad, Khammam dan Karimnagar terletak di Telangana.Istilah "Telangana" bertasdal dari bahasa Telugu yang bermaksud "negara dari tiga lingas". Menurut legenda Hindu, Tuhan Siva menjelma sebagai Lingga kepada tiga gunung, iaitu Kaleshwaram, Srisailam dan Draksharama iaitu "Thelinga", "Telunga" dan "Telugu". Raja Malik Makbul dipanggil Tilangani iaitu dari Tilangana. Beliau dilahirkan sebagai seorang Hindu yang bernama Nagaya Ganna dan dipanggil Yugandhar. Beliau adalah anak kepada Dadi Nagadeva. Yugandhar adalah komander Warangal Fort.

Telangana

• Ranking ke-12
• Ketua Menteri Kalvakuntla Chandrashekar Rao (TRS)
Daerah
Senarai
• Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Kehakiman di Hyderabad
Bandar terbesar Hyderabad
• Kepadatan 310/km2 (800/batu persegi)
Bahasa rasmi Telugu, Urdu
Kod ISO 3166 IN-xx (not assigned)
Zon waktu UTC+05:30 (IST)
Ranking kawasan ke-12
Kawasan India Selatan
• Perundangan Dwidewan (119 + 40 kerusi)
Laman web telangana.gov.in
Ibu negeri Hyderabad
Established 2 June 2014
Negara  India
• Lok Sabha constituencies 17
• Jumlah 35,286,757
• Gabenor E. S. L. Narasimhan
Pendaftaran kenderaan TG[1][2]
Kecelikan huruf 66.46%