Telefon_bimbit_prabayar
Telefon_bimbit_prabayar

Telefon_bimbit_prabayar

Telefon bimbit prabayar merupakan satu bentuk perkhidmatan telefon bimbit di mana kredit panggilan dibeli terlebih dahulu (prabayar) sebelum digunakan. Kredit yang dibeli boleh digunakan untuk membayar perkhidmatan telefon bimbit seperti panggilan, SMS, serta Internet mudah alih, di mana baki kredit akan berkurangan mengikut kadar penggunaan. Jika baki kredit sudah habis ataupun sudah melepasi tarikh luput, pengguna akan dihalang daripada menggunakan perkhidmatan telefon bimbit sehinggalah mereka menambah nilai kredit masing-masing. Kredit panggilan boleh ditambah nilai pada bila-bila masa melalui pelbagai saluran pembayaran.Alternatif kepada perkhidmatan prabayar ialah perkhidmatan pascabayar (juga dipanggil kontrak telefon bimbit), di mana penggunaan telefon dibilkan oleh syarikat pengendali rangkaian mudah alih.