Teleteks

Teleteks (juga dikenali sebagai teleteks penyiaran)adalah sistem penyampaian maklumat sehala yang sistem pemancarannya dengan menggunakan garis televisyen yang tidak dimanfaatkan dalam penghantaran isyarat imej dan isyarat suara. Isyarat-isyarat teleteks ini ditekankan pada isyarat gambar televisyen dalam bentuk digital, memproses maklumat tersebut dan memaparkan secara grafik di atas skrin, berita, ramalan cuaca, dan maklumat olah raga, harga saham, tinjauan acara, dan teks keterangan adegan untuk orang-orang yang sukar mendengar adalah contoh-contoh dari banyak perkhidmatan yang boleh disediakan melalui teleteks. Biasanya boleh dipaparkan pada saluran 888 atau 777.