Televisyen_digital

Televisyen digital (DTV) ialah sistem telekomunikasi untuk penyiaran dan penerimaan gambar bergerak dan bunyi melalui isyarat digital, dibandingkan dengan isyarat analog yang digunakan oleh televisyen analog (tradisional). DTV menggunakan data modulasi digital yang dimampatkan secara digital dan memerlukan penyahkodan dengan sejenis set televisyen yang direka khas, atau sejenis penerima standard dengan set-top box, atau sebuah PC yang dipasang kad televisyen. Teknologi yang diperkenalkan pada akhir 1990-an ini menarik perusahaan penyiaran televisyen dan industri elektronik penggua kerana menawarkan peluang kewangan baru.Televisyen digital lebih fleksibel dan efisyen berbanding televisyen analog yang kita ada sekarang. Televisyen digital membawa gambar yang lebih jelas, mutu bunyi lebih bagus dan lebih banyak rancangan berbanding analog.