Televisyen_terestrial

Televisyen terestrial ialah istilah yang memaksudkan kaedah-kaedah penyiaran televisyen yang tidak melibatkan pemancaran satelit. . Sejarah penyiaran televisyen terestrial bermula serentak dengan kelahiran televisyen sebagai sejenis media tersendiri dengan penyiaran televisyen awam jarak panjang yang pertama dari Washington, D.C. pada 7 April 1927. Selain pemancaran dari pesawat yang terbang berpusing-pusing di langit menggunakan sebuah sistem yang dimajukan Westinghouse iaitu Stratovision, tiadanya kaedah penyampaian televisyen yang lain sehinggalah 1950-an apabilanya lahirnya televisyen kabel, atau televisyen antena kelompok (community antenna television, CATV). Kaedah penyampaian isyarat televisyen bukan terestrial yang pertama, iaitu tidak sama sekali bergantung kepada apa-apa isyarat yang berasal dari sumber terestrial tradisional, bermula dengan penggunaan satelit komunikasi pada 1960-an dan 1970-an.