Telinga

Telinga merupakan sebuah organ badan yang mampu mengesan bunyi dan juga berperanan dalam keseimbangan dan kedudukan tubuh. Telinga pada haiwan vertebrata memiliki dasar yang sama daripada ikan hingga manusia, dengan beberapa kepelbagaian bergantung kepada fungsi dan spesies.Setiap vertebrata memiliki satu pasang telinga, kedua-duanya terletak bersimetri pada bahagian yang berlawanan di kepala, untuk menjaga keseimbangan dan kedudukan bunyi.Bunyi ialah bentuk tenaga yang bergerak menerusi udara, air, atau benda lain, dalam bentuk gelombang. Walaupun telinga yang mengesan bunyi, fungsi pengenalan dan tafsiran dilakukan di otak dan sistem saraf pusat. Rangsangan bunyi disampaikan ke otak melalui saraf yang menyambungkan telinga dan otak (nervus vestibulokoklearis).