Teluk_Aden
Teluk_Aden

Teluk_Aden

Teluk Aden terletak di Lautan Hindi, antara Yaman di Semenanjung Arab bahagian selatan dan Somalia di Afrika. Di barat laut dia berhubungan dengan Laut Merah melalui Selat Bab-el-Mandeb.Teluk Aden merupakan lalu lintas air yang penting bagi penggerudian minyak Teluk Parsi membuatnya sangat penting bagi ekonomi dunia. Teluk ini juga mempunyai banyak variasi ikan, batu karang dan haiwan lain kerana sedikit pencemaran. Pelabuhan utama di sekitar sini adalah Aden di Yaman dan Berbera di Somalia.Keselamatan di sini sangat berbahaya kerana Yaman dan Somalia keduanya sangat tidak stabil. Teluk Aden merupakan tempat utama lanun, membuatnya sangat berbahaya untuk pelayaran di sini. Selain itu, Teluk Aden juga terdedah kepada pengganas kerana pengeboman USS Cole dan tangki minyak Perancis juga terdedah kepada serangan oleh pengganas di sini.

Teluk_Aden

Kedalaman maks 2,700 m (8,900 ka)
Lokasi Laut Arab
Suhu min 15°C
Suhu maks 28°C
Kedalaman purata 500 m (1,600 ka)
Jenis Teluk