Teluk_Kemang

Pantai Teluk Kemang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Jaraknya cuma 10 km ke selatan bandar Port Dickson. Kawasan perkelahan ini disebut sebagai Port Dickson sahaja, walaupun sebenarnya kawasan perkelahan itu terletak di sepanjang pantai Teluk Kemang.Pantai ini popular di kalangan penduduk Lembah Kelang dan lain-lain untuk mandi-manda terutama pada hujung minggu.