Teluk_Marudu

Teluk Marudu terletak di Marudu, Sabah, Malaysia. Pantainya bersih dan cantik, sesuai menjadi destinasi pelancongan berasaskan alam sekitar atau ekopelancongan. Teluk Marudu terkenal kerana keunikan sumber laut dan pesisir pantai yang kaya dengan perbagai sumber marin. Teluk marudu mempunyai 60 spesies burung, mamalia dan reptilia yang hampir pupus dan ini mampu menjadi daya tarikan bagi pelancong. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berharap Teluk Marudu akan berkembang maju dalam sektor pelancongan.Direktorat Oseanografi Kebangsaan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia mengkaji potensi pokok bakau dan pesisir Teluk Marudu. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membelanjakan RM720,000 untuk kajian itu. Penduduk boleh menjalankan aktiviti pemeliharaan kupang dan ikan dalam sangkar.[1]