Teluk_Ramunia
Teluk_Ramunia

Teluk_Ramunia

Teluk Ramunia merupakan kawasan pekan perlombongan bauksit yang terletak di Pengerang, tenggara Johor, Malaysia dan mengadap Laut China Selatan[1] Ramunia ialah nama sejenis buah-buahan tempatan yang rasanya agak masam. Teluk Ramunia diwakili oleh ahli parlimen Pengerang iaitu Dato’ Sri Azalina Othman Said.Jalan raya dua lorong menghubungkan Kota Tinggi, Bandar Penawar, Desaru, Rengit dan terus ke Teluk Ramunia. Jalan laut menjadi sebahagian dari jalan perhubungan ke Teluk Ramunia. Teluk Ramunia juga berhubung jalan raya dengan Pengerang dan Pelabuhan Tanjung Belungkur dan Tanjung Pengelih di bahagian muara Sungai Johor.