Kewujudan Tembaga

Chuquicamata (Chile). Lombong tembaga terdedah yang terbesar di dunia.Lihat penyarian tembaga sebagai rencana utama.

Negara penghasil bijih tembaga utama adalah Chile, Amerika Syarikat, Indonesia, Australia, Peru, Russia, Kanada, China, Poland, Kazakhstan dan Mexico.[1]

Tembaga boleh didapati sebagai tembaga asli dalam bentuk mineral. Mineral seperti sulfida: kalkopirit (CuFeS2), bornit (Cu5FeS4), kovelit (CuS), kalkosit (Cu2S) adalah sumber-sumber tembaga, begitu juga dengan karbonat: azurit (Cu3(CO3)2(OH)2) dan malakit (Cu2CO3(OH)2) dan oksidanya: kuprit (Cu2O). Tembaga asli juga terbentuk pada longgokan plaser tidak berekonomi.

Kebanyakan bijih tembaga dilombong atau disari dalam bentuk sulfida tembaga daripada lombong terdedah besar dalam longgokan tembaga porfiri yang mengandungi 0.4 hingga 1.0 peratus tembaga. Contoh-contoh termasuk: Chuquicamata di Chile dan Lombong El Chino di New Mexico. Kelimpahan purata tembaga yang dijumpai dalam batuan kerak adalah kira-kira 68 bpj mengikut jisim, dan 22 bpj mengikut atom.

Fail:Coppernuggets.jpgKetul Plaser Tembaga AsliTembaga asli

Majlis Antara Kerajaan bagi Negara-negara Pengeksport Tembaga (CIPEC), tidak lagi berfungsi semenjak 1992, pernah sekali cuba untuk memainkan peranan yang serupa seperti OPEC bagi minyak, tetapi tidak pernah mencapai pengaruh yang sama, kerana pengeluar kedua terbesar, iaitu Amerika Syarikat, tidak pernah menganggotainya. Ditubuhkan pada tahun 1967, anggota-anggota utama adalah Chile, Peru, Zaire, dan Zambia.

Harga tembaga telah meningkat lima kali ganda semenjak 1999, meningkat daripada $0.60 per paun pada Jun 1999 kepada $3.75 per paun pada Mei 2006 .

Rujukan

WikiPedia: Tembaga http://www.npi.gov.au/database/substance-info/prof... http://www.kitcometals.com/charts/copper_historica... http://www.geology.ucdavis.edu/~cowen/~GEL115/115C... http://www.ocean.udel.edu/horseshoecrab/funFacts.h... http://periodic.lanl.gov/elements/29.html http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.p.sabah.gov.my/galian/MCM_Untold_Story.... http://malaysiana.pnm.my/04/0413ukir_logam.htm http://seasrc.th.net/indic/inbyskt.htm http://www.mii.org/Minerals/photocopper.html