Sebatian Tembaga

Keadaan pengoksidaan biasa bagi tembaga termasuklah keadaan kuprum(I) yang kurang stabil, Cu+; dan keadaan yang lebih stabil kuprum(II), Cu2+, yang membentuk garam dan larutan berwarna biru atau biru kehijauan. Dalam keadaan yang luar biasa, keadaan pengoksidaan 3+ dan yang lebih jarang iaitu keadaan 4+ boleh dicapai.

Kuprum(II) karbonat berwarna hijau dan ini merupakan punca kepada rupa yang menarik pada atap atau kubah bersalut tembaga pada sesetengah bangunan. Kuprum(II) sulfat membentuk hablur pentahidrat biru yang mungkin merupakan sebatian kuprum paling dikenali dalam makmal. Ia digunakan sebagai racun kulat, juga dikenali sebagai campuran Bordeaux.

Terdapat dua oksida kuprum yang stabil, kuprum(II) oksida (CuO) dan kuprum(I) oksida (Cu2O). Oksida kuprum digunakan untuk menghasilkan yttrium barium kuprum oksida (YBa2Cu3O7-δ) atau YBCO yang merupakan asas kepada kebanyakan superkonduktor tak lazim.

  • Sebatian kuprum (III) , jarang: kalium heksaafluorokuprat (K3CuF6)
  • Sebatian kuprum (IV) , sangat jarang: sesium heksafluorokuprat (Cs2CuF6)

Kuprum (I) dan kuprum (II) juga masing-masing digelar dengan nama lazimnya, kuprus dan kuprik.

Lihat juga: [[::Kategori:Sebatian kuprum]]

Rujukan

WikiPedia: Tembaga http://www.npi.gov.au/database/substance-info/prof... http://www.kitcometals.com/charts/copper_historica... http://www.geology.ucdavis.edu/~cowen/~GEL115/115C... http://www.ocean.udel.edu/horseshoecrab/funFacts.h... http://periodic.lanl.gov/elements/29.html http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.p.sabah.gov.my/galian/MCM_Untold_Story.... http://malaysiana.pnm.my/04/0413ukir_logam.htm http://seasrc.th.net/indic/inbyskt.htm http://www.mii.org/Minerals/photocopper.html