Tempoh_Dinasti_Awal_Mesir

  Dinasti Mesir Purba  • Dinasti pertama (kk. 3050 – 2890 SM)
Dinasti ke-2 (2890 – 2686 SM)• Dinasti ke-3 (2686 – 2613 SM)
Dinasti ke-4 (2613 – 2498 SM)
Dinasti ke-5 (2498 – 2345 SM)
Dinasti ke-6 (2345 – 2181 SM)• Dinasti ke-7 (2181 – 2160 SM)
Dinasti ke-8 (2181 – 2160 SM)
Dinasti ke-9 (2160 – 2130 SM)
Dinasti ke-10 (2130 – 2040 SM)
Dinasti ke-11 (Thebes sahaja) (2134 – 1991 SM)• Dinasti ke-11 (Seluruh Mesir) (2134 – 1991 SM)
Dinasti ke-12 (1991 – 1803 SM)
Dinasti ke-13 (1803 – 1649 SM)
Dinasti ke-14 (1705 – 1690 SM)• Dinasti ke-15 (1674 – 1535 SM)
Dinasti ke-16 (1660 – 1600 SM)
Dinasti Abydos (1650–1600 SM)
Dinasti ke-17 (1650 – 1549 SM)• Dinasti ke-18 (1549 – 1292 SM)
Dinasti ke-19 (1292 – 1186 SM)
Dinasti ke-20 (1186 – 1069 SM)• Dinasti ke-21 (1069 – 945 SM)
Dinasti ke-22 (945 – 720 SM)
Dinasti ke-23 (837 – 728 SM)
Dinasti ke-24 (732 – 720 SM)
Dinasti ke-25 (732 – 653 SM)• Dinasti ke-26 (672 – 525 SM)
Dinasti ke-27 (Zaman Parsi Pertama) (525 – 404 SM)
Dinasti ke-28 (404 – 398 SM)
Dinasti ke-29 (398 – 380 SM)
Dinasti ke-30 (380 – 343 SM)
Dinasti ke-31 (Zaman Parsi Kedua) (343 – 332 SM)Tempoh Dinasti Awal Mesir terdiri dari dinasti pertama dan kedua, bermula dari tahun 2920 SM, melanjutkan Tempoh Protodinasti Mesir hingga tahun 2575 SM, atau pada permulaan Kerajaan Mesir Lama. Beberapa ahli sejarah Mesir menyertakan dinasti ketiga ke dalam tempoh ini.Menurut Manetho, raja pertama dalam tempoh ini adalah Menes. Namun, raja pertama yang diketahui dari dinasti pertama adalah Hor-Aha, dan raja pertama yang berhasil menyatukan kedua-dua negara (Mesir Hulu dan Mesir Hilir) adalah Narmer (raja terakhir tempoh Protodinasti). Namanya ditemui tertulis pada sebuah tablet (tablet Narmer) yang digunakan untuk menggiling galian untuk kohl, yang digunakan oleh orang Mesir Kuno untuk menghias mata. Kegiatan pemakaman untuk para petani dan rakyat biasa sama dengan yang terdapat pada zaman pradinasti, tetapi orang yang lebih kaya menginginkan sesuatu yang lebih. Maka, bangsa Mesir Kuno memulakan pembinaan mastaba.Sebelum penyatuan antara Mesir Hulu dan Hilir yang berlangsung kira-kira tahun 3100 SM, tanah Mesir telah diduduki oleh desa-desa autonomi. Dengan wujudnya dinasti pertama, para penguasa mendirikan sebuah pemerintahan berpusat dan menetapkan wazir-wazir di daerah. Bangunan pemerintahan pusat menyerupai kuil terbuka yang dibangun dengan kayu atau batu pasir.