Tenaga_gelap

Templat:KosmologiDalam kosmologi fizikal dan astronomi, tenaga gelap ialah satu bentuk hipotesis bagi tenaga yang menelap segala ruang dan cenderung untuk memecutkan pengembangan alam semesta.[1] Tenaga gelap ialah hipotesis paling diterima untuk menjelaskan penceparan sejak 1990-an yang menandakan bahawa alam semesta sedang mengembang pada kadar memecut. Menurut pasukan misi Planck, dan berdasarkan model piawai kosmologi, pada dasar kesetaraan jisim–tenaga, alam semesta boleh cerap mengandungi 26.8% jirim gelap, 68.3% tenaga gelap (untuk sejumlah 95.1%) dan 4.9% jirim biasa.[2][3][4][5] Sekali lagi pada dasar kesetaraan jisim–tenaga, ketumpatan tenaga gelap (1.67 × 10−27 kg/m3) adalah sangat rendah: dalam sistem suria, hanya 6 tan tenaga gelap dianggarkan dijumpai dalam jejeari orbit Pluto. Walau bagaimanapun, tenaga gelap datang untuk mendominasi jisim–tenaga bagi alam semesta kerana tenaga gelap adalah seragaman di serata angkasa lepas.[6]

Rujukan

WikiPedia: Tenaga_gelap http://arstechnica.com/science/2013/03/first-planc... http://blogs.discovermagazine.com/cosmicvariance/2... http://www.nytimes.com/2006/11/17/science/space/17... http://physicsworld.com/cws/article/indepth/2010/j... http://www.smithsonianmag.com/science-nature/Dark-... http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/astro/d... http://chandra.harvard.edu/press/08_releases/press... http://www.cfht.hawaii.edu/SNLS http://antwrp.gsfc.nasa.gov/apod/ap020529.html http://jdem.gsfc.nasa.gov/