Tengku_Hajah_Afzan_binti_Almarhum_Tengku_Muhammad
Tengku_Hajah_Afzan_binti_Almarhum_Tengku_Muhammad

Tengku_Hajah_Afzan_binti_Almarhum_Tengku_Muhammad

Tengku Ampuan Hajah Afzan Rahimahallah binti Tengku Muhammad diputerikan pada 4 Disember 1932 di Kuala Terengganu. Baginda ialah anakanda keempat Tengku Muhammad ibni al-Marhum Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah dan Tengku Hajah Mandat binti Tengku Mustafa dan cucunda al-Marhum Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah, Sultan Pahang. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Perempuan Melayu Pekan dan menerima kelas bimbingan khas dalam bahasa Inggeris.Pada 22 April 1954, ketika berusia 22 tahun, baginda diijabkabulkan dengan Tengku Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar, Tengku Mahkota Pahang dan menjadi Tengku Ampuan Pahang. Baginda dikurniakan tujuh anakanda, dua putera dan lima puteri iaitu YAM Tengku Mariam Tengku Puteri Lela Wangsa, YAM Tengku Muhaini, YAM Tengku Aishah, KDYTM Tengku Abdullah Kini Sultan Pahang dan Yang Di-Pertuan Agong, YAM Tengku Abdul Rahman Tengku Muda Pahang, YAM Tengku Hajah Nong Fatimah dan YAM Tengku Hajah Shahariah.Baginda mangkat di Istana Pahang Kuala Lumpur pada hari Rabu pukul 8:42 pagi diusia 55 tahun akibat kanser.Baginda mangkat seminggu selepas kemangkatan bonda mentua baginda iaitu Almarhumah Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah dan seminggu selepas itu, bonda kandung baginda pula mangkat Tengku Hajah Aishah Mandak binti Tengku Mustafa.Jenazah baginda telah dimakamkan di makam diraja Pekan.