Kerjaya Tengku_Mohamad_Rizam_Tengku_Abdul_Aziz

Tengku Mohamad Rizam memulakan kerjaya pada tahun 1986 dalam bidang perbankan dan kemudiannya bersara pada tahun 2014 semasa beliau bertugas di RHB Islamic Bank sebagai Ketua Perbankan Teknologi dan Naib Presiden Kanan RHB Islamic Bank. Tengku Mohamad Rizam telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN) menggantikan Dato' Kapt. Khairi bin Mohamad pada 6 September 2014.[3] [4]

Tengku Mohamad Rizam telah dilantik sebagai Tengku Sri Jaya Raja Kelantan pada tahun 1999 disusuli dengan Tengku Panglima Raja Kelantan pada tahun 2010 dan seterusnya diangkat sebagai Tengku Temenggong Kelantan menggantikan Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra pada tanggal 25 November 2013.

Tengku Mohamad Rizam merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang ke-18 dan juga Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Berkaitan