Menu
Tengku_Muhammad_Fakhry_Petra_ibni_Sultan_Ismail_Petra Habeas corpus mohon bawa Sultan KelantanPada 7 Mei 2010, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas, Putrajaya peguam tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq memfailkan writ habeas corpus untuk membebaskan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra. Putera ke-3, Tengku Muhammad Fakhry mahu membawa Sultan Kelantan dari hospital. Responden ialah Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah HUSM Kubang Kerian, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.Turut hadir ialah peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy; Gobind Singh Deo; Datuk Mohd Haaziq Pillay. Kes ini pertama di dunia apabila writ habeas corpus difailkan bagi memohon pembebasan seorang pemerintah negeri.
Tengku Muhammad Fakhry tiga kali gagal membawa ayahandanya Sultan Ismail Petra ke Singapura bagi rawatan susulan. Malah, pesawat khas dilarang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pengkalan Chepa. Peguam gagal menemui Sultan Ismail kerana kawalan keselamatan yang ketat. Hanya lima orang dibenarkan mengunjungi Sultan Kelantan dan nama Tengku Muhammad Fakhry tiada dalam senarai.[8]
Menu
Tengku_Muhammad_Fakhry_Petra_ibni_Sultan_Ismail_Petra Habeas corpus mohon bawa Sultan KelantanBerkaitan
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Permaisuri Norashikin Tengku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra Tengku Adnan Tengku Mansor Tengku Maimun Tuan Mat Tengku Sarafudin Badlishah Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra Tengku Amir Shah Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul HamidRujukan
WikiPedia: Tengku_Muhammad_Fakhry_Petra_ibni_Sultan_Ismail_Petra