Kehidupan awal Tengku_Muhammad_Fakhry_Petra_ibni_Sultan_Ismail_Petra

Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra diputerakan pada 7 April 1978. Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu, Kelantan dan mendapatkan pendidikan menengah di United World College, Singapura. Kemudian Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra menyambung pelajaran di Hurt Wood House London di peringkat A Level. Seterusnya Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra melanjutkan pelajaran di University of Westminster dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kewangan.[1]