Perkahwinan Tengku_Muhammad_Fakhry_Petra_ibni_Sultan_Ismail_Petra

Tengku Muhammad Fakhry Petra telah berkahwin dengan seorang model dari Indonesia, Manohara Odelia Pinot pada 26 Ogos 2008. Manohara memakai gelaran Cik Puan Temenggong. Manohara bagaimanapun telah melarikan diri pada 31 Mei 2009 sewaktu mereka berada di Singapura dan mendakwa telah didera.

Pada 13 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu memerintahkan Manohara Odelio Pinot kembali taat kepada suami. Manohara juga hendaklah membayar semula hutang berjumlah RM 1,112,250 kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra. Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohd Yusof Awang dan berkuat kuasa sebaik sahaja Tengku Muhammad Fakhry melafazkan sumpah "Yamin Istizhar" (sumpah jelas) di mahkamah itu pada 3 Jan 2010. Manohara hendaklah kembali taat dalam tempoh 14 hari selepas suaminya melafazkan sumpah tersebut. Manohara hendaklah juga membayar hutang itu secara sekali gus dalam tempoh 30 hari selepas selesai sumpah berkenaan disempurnakan (3 Januari 2010).

Tindakan Manohara melarikan diri ke Indonesia dan kenyataannya berbaur fitnah di media massa Jakarta. Sedangkan beliau dilayan baik oleh suaminya di Istana Mahkota, Kelantan. Peluang untuk membela diri tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Keistimewaan yang dinikmatinya tidak dapat dinikmati baik wanita Malaysia mahupun wanita Indonesia lain.

Manohara tidak hadir dalam perbicaraan itu walaupun telah diberitahu dan diberi peluang beberapa kali. Peguam Manohara iaitu Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya pada 3 November 2009. Andainya Manohara enggan kembali taat dalam tempoh 14 hari, menurut perundangan Islam, beliau merupakan isteri derhaka, nusyuz dan tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan lain daripada suaminya. Wujud dokumen dan transaksi pemindahan wang RM1,112,250 dan bukan pemberian daripada suami kepada isteri.[2]

Berkaitan