Tentera_Laut_Diraja_Australia
Tentera_Laut_Diraja_Australia

Tentera_Laut_Diraja_Australia

Tentera Laut Diraja Australia atau Royal Australian Navy (RAN) merupakan sebuah cabang laut di dalam Pasukan Pertahanan Australia. Berikutan penyatuan koloni-koloni Australia pada tahun 1901, bekas pasukan tentera laut digabungkan bagi membentuk Pasukan Laut Komonwel. Bermula daripada angkatan ini, Tentera Laut Diraja Australia kemudian secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1913 bagi membentuk pasukan tentera laut baru bagi Komonwel Australia. Tentera Laut Diraja terus menyokong RAN dan menyediakan tambahan keupayaan pertahanan laut biru di Pasifik sehingga awal tahun-tahun Perang Dunia II. Kemudian, pengembangan masa perang yang pantas menjadikan perolehan sejumlah besar kapal-kapal permukaan dan pembinaan banyak kapal-kapal perang dan bot peronda. Dalam dekad-dekad selepas perang, RAN telah memperoleh sejumlah kecil kapal pengangkut pesawat, yang terakhir pada tahun 1982. Pada hariini, RAN adalah merupakan sebuah pasukan tentera laut terbesar dan paling canggih di kawasan Pasifik, dengan penglibatan penting di Lautan Hindi dan operasi-operasi di seluruh dunia bagi menyokong kempen-kempen ketenteraan dan misi-misi menjaga keamanan.Vice Admiral Russell Crane kini merupakan Panglima Tentera Laut; beliau telah dilantik ke pangkat ini pada tahun 2008. Beliau telah mengantikan Vice Admiral Russ Shalders pada 4 Julai, 2008.[1]

Rujukan

WikiPedia: Tentera_Laut_Diraja_Australia http://www.minister.defence.gov.au/Fitzgibbontpl.c... http://www.maritimequest.com/warship_directory/aus... http://www.naval-history.net http://www.naval-history.net/WW2MedalsBr-VC.htm http://web.archive.org/web/20080904001740/http://w... http://web.archive.org/web/20080913202842/http://w... http://web.archive.org/web/20080915141229/http://w... http://web.archive.org/web/20080915141234/http://w... http://web.archive.org/web/20080915141239/http://w... http://web.archive.org/web/20081021055623/http://w...