Tentera_Pembebasan_Rakyat
Tentera_Pembebasan_Rakyat

Tentera_Pembebasan_Rakyat

Angkatan Laut PLA
Angkatan Udara PLA
Angkatan Roket PLA
Angkatan Bantuan Strategik PLATentera Pembebasan Rakyat China (PLA) adalah angkatan tentera Republik Rakyat China (RRC) dan parti politik memerintah, iaitu Parti Komunis China (CPC).[7] PLA terdiri daripada lima cabang perkhidmatan profesional: iaitu Angkatan Darat, Angkatan Laut, Angkatan Udara, Angkatan Roket, dan Angkatan Bantuan Strategik. Unit-unit di seluruh negara telah ditempatkan di salah satu dari lima pemerintahan kancah mengikut kawasan bergeografi. PLA ialah angkatan tentera terbesar dunia dan merupakan bajet pertahanan kedua terbesar di dunia. China adalah salah sebuah kuasa tentera yang paling cepat dimodenkan di dunia dan telah dinamakan sebagai kuasa besar tentera yang berpotensi, dengan pertahanan serantau berpengaruh dan keupayaan meluncurkan kuasa global yang semakin meningkat.[8][9][10][1][11][12][13][14] Menurut Credit Suisse, PLA adalah angkatan tentera ketiga yang paling kuat di dunia.[15]PLA berada dibawah pemerintahan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) Parti Komunis China. Ia diwajibkan mengikut prinsip kawalan awam keatas tentera, walaupun dari segi praktikal prinsip ini telah dilaksanakan sedemikian rupa untuk memastikan PLA berada dibawah kawalan mutlak Parti Komunis. Pemerintah Tertingginya ialah Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (biasanya Setiausaha Agung Parti Komunis China). Sejak tahun 1949, China telah menggunakan sembilan strategi ketenteraan yang berlainan, yang mana PLA menggelarkannya "garis panduan strategik". Yang paling penting muncul pada tahun 1956, 1980, dan 1993.[16] Pada masa darurat, Polis Bersenjata Rakyat dan pasukan militia PLA bertindak sebagai elemen simpanan dan bantuan bagi PLAGF.

Tentera_Pembebasan_Rakyat

Diasaskan 1 Ogos 1927 (Pemberontakan Nanchang)
Pangkat Lencana pangkat Tentera Darat
Lencana pangkat Tentera Laut
Lencana pangkat Tentera Udara
Ketua Jabatan Staf Bersama Jeneral Li Zuocheng
PengerusiSuruhanjaya Ketenteraan Pusat (Pemerintah Tertinggi) Xi Jinping (Setiausaha Agung dan Presiden)
Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Pangkat Kedua Jeneral Zhang Youxia
Peratusan KDNK 1.3% (2019)[4][5]
Pembekal domestik
Pengerahan Diwajibkan oleh undang-undang, tetapi biasanya tidak dikuatkuasakan
Usia masuk tentera 20+
Ibu pejabat Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Beijing
Sejarah Sejarah PLA
Pemodenan PLA
Peperangan dan pertempuran bersejarah China
Persengketaan tentera
Bajet $177.6 billion (2019)[2][3] (tempat ke-2)
Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Pangkat Pertama Jeneral Udara Xu Qiliang
Menteri Pertahanan Nasional Jeneral Wei Fenghe
Kakitangan simpanan 510,000 (2018)[1]
Bentuk kini 15 Ogos 1945
Cabang khidmat Angkatan Darat PLA

Angkatan Laut PLA
Angkatan Udara PLA
Angkatan Roket PLA
Angkatan Bantuan Strategik PLA

Kakitangan aktif 2,035,000 (2018)[1] (Kedudukan Pertama)
Pembekal luar Rusia
 Ukraine
 Perancis[6]

Rujukan

WikiPedia: Tentera_Pembebasan_Rakyat http://www.chinadaily.com.cn/a/201903/05/WS5c7dd92... http://www.chinamil.com.cn/ http://www.atimes.com/china/BA27Ad01.html http://publications.credit-suisse.com/tasks/render... http://www.xinhuanet.com/english/2019-10/22/c_1384... http://nationalinterest.org/blog/the-buzz/report-c... https://bdnews24.com/world/asia-pacific/2018/03/05... https://books.google.com/books?id=AyqdtAEACAAJ https://www.hongkongfp.com/2018/03/06/china-splash... https://thehill.com/opinion/national-security/4130...