Tentera_Udara_Itali
Tentera_Udara_Itali

Tentera_Udara_Itali

Tentera Udara Itali (Bahasa Itali: Aeronautica Militare; AM) ialah tentera udara bagi Republik Itali (Repubblica italiana). Tentera Udara telah ditubuhkan sebagai sebuah cabang tentera yang bebas pada 28 Mac 1923, oleh Raja Vittorio Emanuele III dengan nama Regia Aeronautica (yang bermaksud "Tentera Udara Diraja"). Selepas Perang Dunia II, apabila Itali menjadi sebuah republik melalui referendum, Regia Aeronautica telah ditukar nama kepada Aeronautica Militare. Semenjak itu ia memainkan peranan penting di dalam sejarah ketenteraan Itali moden. Pasukan pertunjukkan aerobatik dikenali sebagai Frecce Tricolori.