Tentera_Udara_Ukraine
Tentera_Udara_Ukraine

Tentera_Udara_Ukraine

Tentera Udara Ukraine (Templat:Lang-ua, Povitryani Syly Ukrayiny) adalah cabang udara yang membentuk Angkatan Tentera Ukraine. Ibu pejabat and Pusat Arahan Tentera Udara Ukraine terletak di bandar Vinnytsia. Apabila Kesatuan Soviet berpecah pada tahun 1991, sejumlah besar pesawat ditinggalkan di dalam wilayah Ukraine. Sejak itu, saiz Tentera Udara Ukraine telah dikurangkan dan dipertingkatkan. Akan tetapi, pemilikan inventori pesawat Tentera Ukraine masih lagi bergantung kepada pesawat daripada bekas Soviet. Pada masa kini, kekuatan Tentera Udara Ukraine terdiri daripada seramai 100,000 anggota dan 817 buah pesawat.[2][1] Kesemua ICBM dan pesawat pengebom strategik telah ditarik keluar dari perkhidmatan (terdapat beberapa buah darinya dikembalikan kepada Rusia).