Tentera_darat
Tentera_darat

Tentera_darat

Tentera merujuk kepada pasukan yang terdiri daripada askar-askar yang berkhidmat untuk gaji dan dilatih untuk berperang. Kebanyakan negara membezakan angkatan bersenjatanya antara tentera darat, tentera laut, dan tentera udara, dan memeliharakan tiga buah pertubuhan yang berasingan. Bagaimanapun, istilah tentera biasa merujuk kepada cabang perkhidmatan tentera yang berperang berasaskan daratan, umpamanya Angkatan Tentera Malaysia,Tentera Singapura, Tentera Amerika Syarikat atau Armée de Terre Perancis. Pada satu ketika, kebanyakan tentera udara merupakan sebahagian tentera darat; secara sejarah, Tentera Udara Amerika Syarikat berasal sebagai sebahagian Tentera Amerika Syarikat. Bagaimanapun, Tentera Pembebasan Rakyat China menggabungkan kesemua tenteranya di bawah satu pertubuhan.Tentera moden terdiri daripada banyak cabang (juga digelarkan perkhidmatan atau kor pentadbiran. Ini termasuk cabang-cabang pertempuran: infantri, tentera perisai, tentera meriam, dan jurutera tempur, serta juga cabang-cabang sokongan: komunikasi tentera, perisikan tentera, perubatan tentera, bekalan tentera, dan penerbangan tentera (bukan tentera udara).