Tentera_darat_medan
Tentera_darat_medan

Tentera_darat_medan

Tentera Darat Medan (Field Army) (atau tentera darat bernombor atau hanya tentera darat, juga dipanggil ketumbukan) ialah sebuah formasi tentera dalam kebanyakkan angkatan tentera, terdiri daripada dua atau lebih kor dan boleh menjadi subordinat kepada sebuah Kumpulan tentera darat. Begitu juga, ketumbukan udara adalah formasi bersamaan dengan beberapa tentera udara. Tentera darat medan tertentu biasanya dinamakan atau dinomborkan untuk membezakan ia dari "angkatan tentera darat" pada keseluruhannya. Dalam Bahasa Inggeris, gaya tipikal untuk menamakan tentera darat medan adalah mengikut bilangan perkataan, seperti "Tentera Darat Pertama"; manakala kor biasanya dibezakan oleh Angka Rumi (contohnya Kor I) dan formasi bawahan mengikut bilangan ordinal (contohnya Divisyen Ke-2).Tentera Rom adalah antara yang pertama untuk menampilkan secara rasmi tentera darat medan, dalam erti kata formasi gabungan tempur yang sangat besar, iaitu sacer comitatus, yang mungkin diterjemahkan secara literal sebagai "pengiring suci". Istilah ini diambil kerana mereka telah diperintah oleh Maharaja Rom (yang dianggap sebagai suci), apabila mereka bertindak sebagai panglima perang. Ketika comitatensis (jamak: comitatenses) Rom kadangkala diterjemahkan sebagai "tentera darat medan", ia juga boleh diterjemahkan sebagai "pasukan medan" atau "pasukan mudah alih" (dan bukan limitanei atau unit garison).Di dalam beberapa angkatan tentera, "tentera darat" boleh menjadi setaraf dengan unit peringkat kor. Sebelum tahun 1945, ini yang berlaku dengan Gun (军; "tentera darat") dalam Tentera Darat Imperial Jepun, di mana formasi yang bersamaan saiz dengan tentera darat medan adalah "tentera darat wilayah" (方面军; Hōmen-gun). Dalam Tentera Darat Merah Soviet dan Tentera Udara Soviet semasa perang, sebuah tentera darat adalah subordinat kepada sebuah Barisan (bersamaan kumpulan tentera darat). Ia mengandungi sekurang-kurangnya tiga hingga lima divisyen berserta dengan meriam, pertahanan udara, peninjau dan unit sokongan yang lain. Ia boleh diklasifikasikan sebagai tentera gabungan senjata (Combined Arms Army-CAA) atau tentera kereta kebal (Tank Army-TA) dan sewaktu kedua-duanya menjadi formasi gabungan tempur, yang awal mengandungi sejumlah besar divisyen motoris sementara yang kemudian mengandungi sejumlah besar divisyen kereta kebal. Dalam masa aman, tentera darat Soviet biasanya berada dibawah wilayah tentera.Tentera darat medan adalah formasi besar yang sangat berbeza dengan angkatan tentera dari segi saiz, kandungan, dan linkungan tanggungjawab. Sebagai contoh, dalam Tentera Darat Medan NATO terdiri daripada sebuah markas, dan biasanya mengawal dua kor, didalamnya terdapat beberapa divisyen. Sesuatu pertempuran akan mempengaruhi tahap Tentera Darat Medan dengan memindahkan divisyen dan tenaga bantuan dari satu kor yang lain untuk meningkatkan tekanan ke atas musuh yang berada ditahap kritikal. Tentera darat medan NATO diperintah oleh seorang Jeneral atau seorang Leftenan Jeneral.