Teori_set

Teori set ialah satu cabang ilmu matematik yang mengkaji set, iaitu koleksi objek. Teori set dianggap sebagai satu daripada topik-topik asas dalam matematik.Kajian moden mengenai teori set diterajui oleh Georg Cantor dan Dedekind pada tahun 1870. Namun begitu, pada sekitar 1900-an, beberapa paradoks telah ditemui, antaranya paradoks Russell oleh Bertrand Russell dan Zermelo, yang menunjukkan percanggahan dalam teori set. Penemuan-penemuan ini memberi cabaran kepada ahli-ahli matematik untuk mengemukakan sistem-sistem aksiom baru untuk teori set. Pada awal abad ke-20, antara sistem aksiom baru yang dibentuk sebagai asas baru untuk teori set ialah aksiom Zermelo-Fraenkel dan aksiom pilihan.