Terjun_Antarabangsa_Menara_KL_2008

Terjun Antarabangsa Menara Kuala Lumpur merupakan acara sukan lasak yang diadakan setiap tahun dari puncak Menara Kuala Lumpur. Penerjun yang terlatih menggunakan payung terjun dan mendarat di lapangan sasar di kaki Menara tersebut. Setelah diadakan selama 9 tahun berturut-turut, tidak ada sebarang kemalangan yang berlaku. Acara yang diadakan ini merupakan sukan yang dipanggil "Terjunan BASE" (BASE Jumping, iaitu akronim dari Building, Antena, Span dan Earth). Sukan lasak ini bermula pada 1980 selepas beberapa penerjun paracut mengubah suai gear dan peralatan payung terjun supaya lebih mencabar dan menyeronokkan. Sukan ini semakin popular di seluruh dunia kerana para peserta dapat melihat pemandangan menarik dan indah yang sukar digambarkan hanya dalam beberapa saat atau minit sahaja dari paying terjun mereka yang bergerak laju.Sukan berpayung terjun ini mula diadakan pada 3 Oktober 1999 di Menara Kuala Lumpur. Sejak itu diadakan setiap tahun dengan lebih 50 peserta dari seluruh dunia pernah terlibat sama. Setiap peserta mestilah mahir menggunakan payung terjun, alatan geometri, kawasan mendarat, keadaan cuaca semasa dan bertindak mendarat dengan selamat sekiranya cuaca berubah secara tiba-tiba.Leftenan Aziz Ahmad merupakan orang yang mula-mula membawa sukan terjun bebas ini ke Menara Kuala Lumpur. Beliau meminta kebenaran untuk terjun bebas menggunakan payung terjun pada 1999. Pihak menara bersetuju dengan permintaan ini, dan sejak peristiwa itu acara sukan ini mula diadakan setiap tahun.