Terusan_Suez
Terusan_Suez

Terusan_Suez

Terusan Suez (bahasa Arab: قناة السويس) (Qanā al-Suways), merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di dunia di antara Mesir dan Semenanjung Sinai. Dengan kepanjangan 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300 m (984 kaki), Terusan Suez berada di antara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah. Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala dan menjadi kepentingan antara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaannya dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut melalui kenderaan darat di antara dua laut tersebut. Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian iaitu bahagian utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean sehingga ke Teluk Suez di Laut Merah.