Budaya Thailand

Rencana utama: Kebudayaan Thailand
Rata-rata penduduk Thailand menganut agama Buddha Theravada

Kebudayaan dan tradisi Thai banyak menerima pengaruh luar, khususnya dari India, Lao, Burma, Kemboja dan China.

Agama kebangsaan Thailand iaitu agama Buddha fahaman Theravada adalah teras bagi jati diri Thai moden, tetapi dipengaruhhi oleh kepercayaan dari agama-agama Hindu, animise dan sembah nenek moyang.

Thailand diduduki oleh ramai suku etnik minoriti, ada di antaranya melimpahi sempadan ke Myanmar, Laos, Kemboja dan Malaysia serta memikul peralihan antara pengaruh budaya tempatan, kebangsaan dan global. Orang keturunan Cina penting dalam masyarakat Thai, khususnya di sekitar Bangkok. Kejayaan mereka untuk bersepadu dengan masyarakat Thai membolehkan golongan ini memegang jawatan ekonomi dan politik. Perniagaan Cina Thai mekar dalam "rangkaian buluh", iaitu rangkaian perniagaan Cina seberang laut yang beroperasi di pasaran Asia Tenggara yang berkongsi pertalian keluarga dan budaya.[53]

Persembahan tradisional khon

Thailand terkenal dengan sapaan tangan dalam bentuk sembah (tangkup tangan) yang dipanggil wai, selalunya dilakukan oleh orang muda atau bawahan ketika bertemu dengan orang tua atau atasan, selalunya diiringi oleh lafazan "sawatdi khrap" oleh lelaki atau "sawatdi kha" oleh perempuan. Yang tua atau atasan boleh juga membalas dengan sembah. Pangkat mengatasi usia dalam menentukan siapa menyembah dahulu, khususnya dalam urusan rasmi. Contohnya, pelawat pejabat kerajaanlah yang menyembah dahulu biarpun lebih tua daripada pembesar. Kanak-kanak yang hendak pergi sekolah diajar untuk bersembah kepada ibu bapa sebagai tanda hormat.

Seperti budaya Asia lain, Thailand amat menekankan penghormatan kepada nenek moyang. Masyarakat Thai amatlah ramah mesra dan murah hati, tetapi juga kuat mengamalkan hierarki sosial. Orang tua-tua berkuasa dalam membuat keputusan kekeluargaan atau memimpin upacara. Abang kakak wajib menjaga adik-adik.

Di Thailand adalah pantang larang termasuk menyentuh kepala orang atau menuding kaki, kerana kepala itu paling suci sementara kaki pula bawah sekali.

Masakan

Masakan Thai menyebatikan lima rasa asas, iaitu manis, pedas, masam, pahit dan masin. Antara ramuan-ramuan utama masakan Thai termasuk bawang putih, cabai, air limau nipis, serai, ketumbar, lengkuas, gula kabung, dan sos ikan (nam pla). Makanan ruji Thailand ialah nasi, khususnya dari beras varieti jasmin (hom mali) yang terdapat dalam hampir setiap hidangan. Orang Thai secara domestik mengambil lebih 100 kg beras seorang setahun. Lebih 5,000 varieti beras dari Thailand dipelihara dalam tabung gen beras oleh International Rice Research Institute (IRRI) yang bertapak di Filipina. Raja Thailand penaung rasmi IRRI.[54]

Media

Masyarakat Thai dipengaruhi oleh media yang pelbagai bentuk dan bahasa. Di samping bahasa Thai, bahasa Inggeris dan Cina juga digunakan dalam akhbar dan majalah. Kebanyakan majalah pop Thai menggunakan tajuk Inggeris atas alasan chic glamor semata-mata. Banyak perniagaan besar-besar di Bangkok menjalankan operasi dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain.

Unit ukuran

Thailand pada umumnya menggunakan sistem metrik, tetapi unit-unit ukuran tradisional dikekalkan untuk keluasan, malah ada kalanya sistem imperial digunakan untuk menyukat bahan-bahan binaan lekapan kayu dan paip.

Kalendar rasmi Thailand berasaskan Era Buddha versi Timur yang letaknya 543 tahun di hadapan kalendar barat. Maka tahun 2018 Masihi ialah tahun 2561 B di Thailand. Nombor tahun Era Buddha digunakan dalam bidang pendidikan, perkhidmatan awam, pentadbiran, kontrak dan ruang tarikh akhbar. Tetapi dalam sektor perbankan, industri dan perdagangan, sistem kalendar barat menjadi amalan.[55]

Rujukan

WikiPedia: Thailand http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2014/05/1... http://rspas.anu.edu.au/pah/human_rights/papers/20... http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://asian-efl-journal.com/quarterly-journal/201... http://www.asiasentinel.com/politics/thailands-mas... http://www.bangkokpost.com/learning/learning-from-... http://www.bangkokpost.com/print/421966/ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/589625/T... http://www.britannica.com/blackhistory/article-241... http://www.foxnews.com/story/0,2933,214562,00.html