Demografi Thailand

Rencana utama: Demografi Thailand

Thailand mempunyai seramai 68,863,514[47] orang penduduk setakat 2016[update]. Kebanyakan penduduk Thailand hidup di luar bandar, tertumpu di kawasan penanaman padi sekitar tengah, timur laut dan utara. Kadar penduduk bandar Thailand kini sekitar 45.7% setakat 2010[update], rata-rata tertumpu di Kawasan Metropolitan Bangkok.

Etnik

Perarakan pesta Hae Pha Khuen That di Wat Phra Mahathat

Majoriti warganegara Thai adalah bangsa Thai, iaitu 95.9% pada 2010. 4.1% yang tinggal adalah bangsa Burma (2.0%), lain-lain 1.3%, dan 0.9% tidak tentu.

Menurut Laporan Negara 2011 oleh kerajaan Thai kepada Jawatankuasa PBB yang bertanggungjawab atas Konvensyen Antarabangsa untuk Menghapuskan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum, terdapat dari Jabatan Pemupukan Hak-Hak dan Kebebasan Kementerian Keadilan Thai,:3 terdapat 62 kelompok etnik yang diiktiraf secara rasmi di Thailand. 20 juta orang Thai Tengah (dan kira-kira 650,000 Khorat Thai) membentuk kira-kira 34.1 peratus daripada populasi negara seramai 60,544,937 orang[48] ketika lengkapnya data Ethnolinguistic Maps of Thailand (1997) oleh Universiti Mahidol.[49]

Laporan Negara Thailand 2011 menyumbangkan perangkaan penduduk kaum orang hulu dan suku-suku etnik di Timur Laut, jelas menyatakan pergantungannya kepada data Ethnolinguistic Maps of Thailand oleh Universiti Mahidol. Oleh itu, biarpun lebih 3.288 juta penduduk di Timur Tengah sahaja tidak dapat dikategorikan, namun populasi dan peratusan suku etnik lain sekitar 1997 diketahui untuk serata Thailand dan terdiri daripada populasi minimum. Suku minoriti terbesar di Thailand adalah seperti berikut:

  1. 15,080,000 Lao (24.9 peratus), terdiri daripada: Thai Lao (14 juta), Thai Loei (400–500,000), Lao Lom (350,000), Lao Wiang/Klang (200,000), Lao Khrang (90,000), Lao Ngaew (30,000), dan Lao Ti (10,000);
  2. 6,000,000 Khon Muang/Thai Utara (9.9 peratus)
  3. 4,500,000 Pak Tai/Thai Selatan (7.5 peratus)
  4. 1,400,000 Khmer Leu/Khmer Utara (2.3 peratus)
  5. 900,000 Melayu (1.5 peratus)
  6. 500,000 Ngaw (0.8 peratus)
  7. 470,000 Phu Thai (0.8 peratus)
  8. 400,000 Kuy/Kuay/Suay (0.7 peratus)
  9. 350,000 Karen (0.6 peratus).:7–13 

Cina Thai, iaitu yang kuat darah keturunan Cina, membentuk 14% penduduk negara, sementara orang Thai yang separa darah daging Cina membentuk sehingga 40%.[50] Melayu Thai mewakili 3% penduduk, dan yang tinggal terdiri daripada suku Mon, Khmer dan pelbagai kaum "orang hulu".

Ramai juga bilangan pendatang dari negara jiran Myanmar, Laos, dan Kemboja, dan juga dari sejauh Nepal dan India, menjadikan jumlah penduduk bukan warga mencecah 3.5 juta orang setakat 2009[update], naik dari kira-kira 1.3 juta pada 2000.[51]

Bahasa

Bahasa rasmi Thailand tidak lain tidak bukan bahasa Thai, ahli rumpun bahasa Tai–Kadai yang bersaudara rapat dengan bahasa-bahasa Lao, Shan di Myanmar, banyak lagi bahasa-bahasa kecil yang dituturkan dalam lingkungan kawasan sempadan China dari Hainan dan Yunnan. Bahasa Thai bahasa pengantar utama pendidikan dan pentadbiran yang digunakan di seluruh negara. Bahasa bakunya berdasarkan loghat orang Thai Tengah dan ditulis dalam abjad Thai, sebuah tulisan abugida yang berevolusi dari abjad Khmer. 62 buah bahasa diiktiraf oleh Kerajaan Thai dalam Laporan negara 2011 kepada Jawatankuasa PBB yang bertanggungjawab atas Konvensyen Antarabangsa untuk Menghapuskan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum, yang menggunakan pendekatan etnik bahasa.:3 Bahasa Thai Selatan dituturkan di wilayah-wilayah selatan, sementara bahasa Thai Utara dituturkan di wilayah-wilayah yang pernah mendirikan bekas kerajaan Lan Na. Untuk tujuan kemudahan banci yang tidaklah mengiktiraf kesemua 62 bahasa teriktiraf tersebut, wujudlah empat kelompok dialek Thai mengikut rantau wilayah.

Bahasa minoriti terbesar Thailand ialah bahasa Isan, loghat Lao yang dituturkan di rantau timur laut. Biarpun sering dikira loghat Thai, sebenarnya ia merupakan loghat Lao dan kawasan penutur aslinya pernah menjadi wilayah kerajaan lampau Lan Xang. Jauh di selatan, bahasa Melayu loghat Kelantan-Pattani merupakan bahasa utama suku Melayu. Loghat-loghat Cina pun dituturkan oleh penduduk Cina Thai, terutamanya sekali bahasa Teochew.

Juga dituturkannya pelbagai bahasa minoriti dari suku pedalaman, termasuklah banyak bahasa Austro-Asia seperti Mon, Khmer, Viet, Mlabri dan Orang Asli; bahasa Austronesia seperti Cham dan Moken; bahasa Sino-Tibet seperti Lawa, Akha, dan Karen; dan bahasa-bahasa Tai lain seperti Tai Yo, Phu Thai, dan Saek. Bahasa Hmong ahli rumpun bahasa Hmong–Mien yang kini diterima umum sebagai rumpun bahasa tersendiri.

Bahasa Inggeris mata pelajaran wajib sekolah namun penutur fasihnya kurang sekali, apalagi di kawasan luar bandar.

Agama

Agama utama Thailand ialah agama Buddha Theravada yang sebati dengan jati diri dan budaya Thai. Inilah antara negara yang paling ramai penganut Buddha. 

Agama kedua terbesar di Thailand ialah Islam yang tertumpu di rantau selatan, iaitu wilayah Pattani, Yala, Satun, Narathiwat, dan sebahagian Songkhla Chumphon, yang rata-ratanya keturunan Melayu yang mengikut aliran Sunnah Waljamaah. Juga terdapat sebilangan kecil penganut Kristian, Hindu dan Sikh, rata-rata tertumpu di bandar. Ada juga sebuah masyarakat Yahudi kecil di Thailand yang wujud sejak abad ke-17.

AgamaJumlah

(2010),[52]

PeratusJumlah

(2016)

Peratus
Buddha61,746,42993.58%63,620,29894.50%
Islam3,259,3404.94%2,892,3114.29%
Kristian789,3761.20%787,5891.17%
Hindu41,8080.06%22,1100.03%
Tidak beragama46.1220.07%2,9250.005%
Agama lain70.7420.11%1,5830.002%
Sikh11,1240.02%1,0300.001%
Konfusian16,7180.02%7160.001%

Menurut banci 2015, penduduk Thailand mengikut rantau terbahagi mengikut agama seperti berikut:

AgamaBangkok%Tengah%Utara%Isan%Selatan%
Buddha8,197,18893.95%18,771,52097.57%11,044,01896.23%18,698,59999.83%6,908,97375.45%
Islam364,8554.18%247,4301.29%35,5610.31%16,8510.09%2,227,61324.33%
Kristian146,5921.68%214,4441.11%393,9693.43%13,8250.07%18,7590.21%
Hindu16,3060.19%5,2800.03%2070.002%3180.001%-
Sikh-0.00%-0.00%3780.003%-0.00%4910.005%
Tiada agama2890.00%4730.002%1,0010.01%4360.002%7260.008%
Agama lain-0.00%2940.00%1,8080.16%-0.00%3590.004%

Rujukan

WikiPedia: Thailand http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2014/05/1... http://rspas.anu.edu.au/pah/human_rights/papers/20... http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://asian-efl-journal.com/quarterly-journal/201... http://www.asiasentinel.com/politics/thailands-mas... http://www.bangkokpost.com/learning/learning-from-... http://www.bangkokpost.com/print/421966/ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/589625/T... http://www.britannica.com/blackhistory/article-241... http://www.foxnews.com/story/0,2933,214562,00.html