Etimologi Thailand

Asal-usul nama "Siam"

Sejak dahulu lagi negara Thai digelar Mueang Thai oleh warganya sendiri. Bagi orang luar sebelum 1949, ia lebih dikenali dengan eksonim (nama luar) Siam (Bahasa Thai: สยาม rtgs: SayamSayam, disebut [sajǎːm]). Perkataan Siam dikaitkan dengan perkataan Sanskrit Śyāma (श्याम, bermaksud "gelap" atau "perang").

SPPM Mongkut Rex Siamensium, tandatangan Raja Mongkut

Asal usul nama "Thailand"

Menurut George Cœdès, perkataan Thai (ไทย) bermaksud "orang bebas" dalam bahasa Thai, "membezakan Thai daripada orang asal yang terlingkung dalam masyarakat Thai sebagai hamba."[4] Seorang ilmuwan Thai terkenal berhujah bahawa Thai (ไท) hanya bermaksud "orang" atau "manusia" kerana kajian beliau menunjukkan bahawa di sesetengah kawasan luar bandar, perkataan "Thai" digunakan sebagai ganti bagi perkataan lazim "khon" (คน) untuk memaksudkan orang.[5] Menurut Michel Ferlus, etnonim Thai/Tai (atau Thay/Tay) berevolusi dari etimon *k(ə)ri: 'manusia' melalui rantaian berikut: *kəri: > *kəli: > *kədi:/*kədaj > *di:/*daj > *dajA (Proto-Tai Barat Daya) > tʰajA2 (dalam bahasa Siam dan Lao) or > tajA2 (dalam bahasa-bahasa Tai Barat Daya dan Tengah lain yang dikelaskan oleh Li Fangkuei).[6] Hasil kerja Michel Ferlus berasaskan hukum asas perubahan fonetik yang dapat diperhatikan di Sinosfera (lingkungan pengaruh budaya Cina) dan dikaji rata-rata oleh William H. Baxter (1992).[7]

Biarpun orang Thai sering menyebut negara mereka dengan nama halus prathet Thai (Bahasa Thai: ประเทศไทย), namun mereka lebih sering menyebut nama santai mueang Thai (Bahasa Thai: เมืองไทย) atau sekadar Thai; perkataan mueang asalnya bermaksud negara kota, sering digunakan untuk menyebut bandar sebagai pusat serantau. Ratcha Anachak Thai (Bahasa Thai: ราชอาณาจักรไทย) bermaksud "kerajaan (negara beraja) Thai", terdiri daripada ratcha (Sanskrit राजन्, rājan, "raja") ; -ana- (Pali āṇā "kuasa; wibawa", dari Sanskrit आज्ञा, ājñā, sama maksud) -chak (dari Sanskrit चक्र cakra- "cakera; roda", lambang kekuasaan dan pemerintahan). Lagu kebangsaan Thai (Bahasa Thai: เพลงชาติ) yang digubah oleh Luang Saranupraphan pada zaman kemuncak patriotisme 1930-an, menyebut bangsa Thai sebagai prathet Thai (Thai: ประเทศไทย). Baris pertama berbunyi: prathet thai ruam lueat nuea chat chuea thai (Bahasa Thai: ประเทศไทยรวมเลือดเนื้อชาติเชื้อไทย), "Negara Thai menyatukan darah daging keturunan Thai."

Rujukan

WikiPedia: Thailand http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2014/05/1... http://rspas.anu.edu.au/pah/human_rights/papers/20... http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://asian-efl-journal.com/quarterly-journal/201... http://www.asiasentinel.com/politics/thailands-mas... http://www.bangkokpost.com/learning/learning-from-... http://www.bangkokpost.com/print/421966/ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/589625/T... http://www.britannica.com/blackhistory/article-241... http://www.foxnews.com/story/0,2933,214562,00.html