Geografi Thailand

Rencana utama: Geografi Thailand
Pemandangan Banjaran Luang Prabang Range yang merentangi sempadan Thai-Lao di Wilayah Nan, Thailand UtaraPulau batu kapur tipikal di ThailandKepulauan Phi Phi

Dengan jumlah keluasan 513,120 km², Thailand merupakan negara ke-50th terbesar dari segi keluasan, sedikit kecil sedikit Yaman dan sedikit besar daripada Sepanyol.

Thailand terdiri daripada pelbagai rantau geografi yang sedikit sebanyak berpadanan dengan pembahagian wilayah. Rantau utara merupakan kawasan tanah tinggi Thai, dengan puncak tertinggi di Doi Inthanon di Banjaran Thanon Thong Chai pada 2,565 meter di atas paras laut. Rantau timur laut atau Isan terdiri daripada Banjaran Khorat Plateau yang bersebelahan dengan Sungai Mekong di timur. Rantau tengah negara dikuasai oleh lembah rata Sungai Chao Phraya yang mengalir hingga Teluk Thailand. Thailand Selatan terdiri daripada Segenting Kra yang sempit tetapi melebar hingga Semenanjung Tanah Melayu. Secara politik, terdapat enam kawasan geografi yang berbeza dengan satu sama lain dari segi populasi, sumber asas, ciri-ciri alam, dan tahap pembangunan sosial dan ekonomi. Kepelbagaian rantau-rantau merupakan ciri latar fizikal yang paling menonjol di Thailand.

Sungai Chao Phraya dan Mekong River merupakan nadi kehidupan kawasan luar bandar Thailand. Pengeluaran tanaman secara industri menggunakan kedua-dua sungai tersebut serta cawang-cawangnya. Teluk Thailand luasnya 320,000 kilometer persegi dan disuap oleh sungai-sungai Chao Phraya, Mae Klong, Bang Pakong, dan Tapi. Air yang cetek di sepanjang pinggir-pinggir selatan dan Semenanjung Kra menyumbang kepada sektor pelancongan. Pesisir timur Teluk Thailand merupakan pusat perindustrian Thailand dengan pelabuhan air utama negara di Sattahip pelabuhan perdagangan yang tersibukk, Laem Chabang.

Laut Andaman merupakan sumber alam berharga dengan bertempatnya antara pusat peranginan paling popular dan mewah di Asia. Wilayah Phuket, Krabi, Ranong, Phang Nga dan Trang, dan pulau-pulaunya semua terletak di sepanjang pesisir Laut Andaman. Biarpun dilanda tsunami 2004, semuanya merupakan tarikan pelancong dari seluruh dunia.

Bangkitnya usul untuk sebuah terusan yang dijangka dapat menghubungkan Laut Andaman dengan Teluk Thailand, seumpama Terusan Suez dan Panama. Usul ini disambut baik oleh pembesar Thai kerana ini boleh mengurangkan yuran yang dikenakan oleh Pelabuhan Singapura, mengeratkan hubungan dengan China dan India, menyingkatkan perjalanan kapal, dan menghapuskan ancaman lanun di Selat Melaka, di samping menyokong dasar kerajaan Thai untuk menjadi hab logistik Asia Tenggara. Didakwa bahawa terusan ini akan memperbaiki keadaan ekonomi di Thailand selatan yang amat bergantung rezeki pada pelancongan. Jika dijalankan, terusan ini akan menjadi projek kejuruteraan raya dengan jangkaan belanja AS$20–30 bilion.

Iklim

Peta pengelasan iklim Köppen bagi Thailand

Iklim Thailand dipengaruhi oleh angin monsun bermusim iaitu monsun barat daya dan timur laut.[26]:2 Monsun barat daya dari Mei hingga Oktober bercirikan aliran udara hangat dan lembap dari Lautan Hindi ke Thailand, menyebabkan hujan lebat di seluruh negara.[26] Monsun timur laut dari Oktober hingga Februari pula membawa udara sejuk dan kering dari China ke kebanyakan kawasan Thailand. Di Thailand selatan, monsun timur laut membawakan cuaca sederhana serta hujan lebat di pantai timur rantau berkenaan.[26]:2 Kebanyakan wilayah Thailand beriklim "lembap kering tropika atau savana" (Iklim savana tropika menurut Köppen).[27] Hujung selatan dan timur rantau timur pula beriklim monsun tropika.

Iklim Thailand ada tiga musim.[26]:2 Musim pertama ialah musim tengkujuh atau monsun barat daya (pertengahan Mei hingga pertengahan Oktober) yang melanda serata negara.[26]:2 Musim ini bercirikan hujan lebat terutama sekali pada bulan Ogos dan September.[26]:2 Ada kalanya timbul banjir.[26]:4 Selain daripada hujan monsun barat daya, Zon Pertembungan Antara Tropika (ITCZ) dan siklon-siklon tropika turut menyumbang kepada hujan lebat pada musim tengkujuh.[26]:2 Apapun, masa kering sering terjadi selama seminggu dua dari Jun hingga awal Julai[26].:4 Ini disebabkan Zon Pertembungan Antara Tropika bergerak menghadap utara ke China selatan.[26]:4 Musim sejuk atau monsun timur laut berlangsung mulai pertengahan Oktober hingga pertengahan Februari.[26]:2

Kebanyakan bumi Thailand mengalami cuaca kering pada musim ini dengan suhu sederhana belaka,[26]:2:4 kecuali rantau selatan Thailand yang menerima hujan lebat khususnya pada Oktober dan November.[26]:2 Musim panas atau pramonsun dari pertengahan Februari hingga pertengahan Mei bercirikan cuaca serba hangat.[26]:3 Disebabkan sifat dan latitud pedalamannya, bahagian-bahagian utara, timur laut, tengah dan timur Thailand mengalami cuaca panas berlarutan.[26]:3 Sebahagian besar negara menerima curahan hujan min tahunan sebanyak 1,200 to 1,600 mm. Akan tetapi, sesetengah kawasan di sebelah gunung hadap angin seperti wilayah Ranong di pantai barat Thailand selatan dan timur wilayah Trat menerima curahan hujan melebihi 4,500 mm (180 in) setahun. Kawasan-kawasan terkering berada di sebelah lindung angin di lembah-lembah tengah dan bahagian paling utara Thailand selatan di mana curahan hujan min tahunan kurang daripada 1,200 mm (47 in). Kebanyakan bumi Thailand (utara, timur laut, tengah dan timur) bercirikan cuaca kering ketika monsun timur laut dan hujan lebat ketika monsun barat daya.[26]:4 Di bahagian-bahagian selatan Thailand, hujan lebat berlaku pada kedua-dua musim monsun dengan kemuncak pada September bagi pantai barat dan pada November–Januari bagi pantai timur.[26]:4

Alam sekitar

Thailand mencatat prestasi yang sederhana tetapi meningkat dalam Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI) di tangga keseluruhan 91 daripada 180 negara pada 2016. Ini juga tahap sederhana di peringkat Asia-Pasifik sahaja tetapi mendahului negara-negara seperti Indonesia dan China. EPI ditubuhkan pada 2001 oleh Forum Ekonomi Dunia untuk mengukur sejauh mana setiap negara melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan PBB. Aspek-aspek yang paling kurang memuaskan bagi Thailand (iaitu nombor besar-besar) ialah kualiti udara (167), kesan industri pertanian kepada alam sekitar (106) dan iklim dan sektor tenaga (93), yang terakhir itu rata-rata disebabkan keluaran tinggi karbon dioksida per KWh. Thailand paling baik dari segi pengurusan sumber air (66) dan sanitasi (68).[28][29]

Hidupan liar

Populasi gajah Asia liar di Thailand merosot kepada sekitar 2,000–3,000 ekor.[30]

Gajah merupakan lambang negara Thailand. Sungguhpun ada 100,000 ekor gajah bela jinak di Thailand pada 1850, namun jumlahnya sudah susut kepada 2,000 ekor. Selama ini pemburu mengejar gajah demi gading dan kulit, dan kini lebih-lebih lagi untuk daging.[31] Anak gajah sering ditangkap untuk dijadikan tarikan pelancong atau haiwan buruh, namun penggunaannya tela merosot sejak kerajaan mengharamkan pembalakan pada 1989. Kini lebih banyak gajah dalam tawanan daripada yang liar, malah aktivis mendakwa bahawa gajah tawanan sering didera.[32]

Pemburuan spesies terlindung kekal satu isu besar. Pemburu telah mengurangkan populasi harimau belang dan bintang, dan lain-lain kucing besar untuk bulunya. Kebanyakan haiwan (termasuk harimau, beruang, buaya dan ular tedung selar) diternak atau diburu untuk daging dan ubat. Biarpun haram barang-barang itu, namun pasar terkenal Chatuchak di Bangkok masih terkenal dengan penjualan hasil spesies terancam.[33]

Amalan memelihara haiwan liar mengancam sesetengah spesies. Anak haiwan sering ditangkap dan dijual, dan ini sering memerlukan induknya dibunuh. Sebaik sahaja dilepaskan ke habitat semula jadi setelah lama ditawan, kebanyakan haiwan belaan gagal membiak. Antara yang terjejas termasuk beruang hitam Asia, beruang madu, ungka tangan putih dan binturung.[34]

Rujukan

WikiPedia: Thailand http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2014/05/1... http://rspas.anu.edu.au/pah/human_rights/papers/20... http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://asian-efl-journal.com/quarterly-journal/201... http://www.asiasentinel.com/politics/thailands-mas... http://www.bangkokpost.com/learning/learning-from-... http://www.bangkokpost.com/print/421966/ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/589625/T... http://www.britannica.com/blackhistory/article-241... http://www.foxnews.com/story/0,2933,214562,00.html