Pendidikan Thailand

Pelajar sekolah rendah di Thailand

Pada 2014, kadar celik huruf Thailand ialah 93.5%.[35] Pendidikan disediakan oleh sistem sekolah tersusun rapi yang terdiri daripada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan tinggi, maktab-maktab vokasional, dan universiti. Sektor pendidikan swasta cukup terbangun dan amat menyumbang kepada keseluruhan peruntukan pendidikan yang tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan dengan institusi awam semata-mata. Pendidikan diwajibkan hingga umur 14 tahun, dan kerajaan menyediakan pendidikan percuma sehingga umur 17 tahun.[petikan diperlukan]

Universiti Chulalongkorn yang ditubuhkan pada 1917 ialah universiti tertua di Thailand.

Pengajaran amat bergantung pada kaedah menghafaz daripada kaedah bertengahkan pelajar. Pemantapan kurikulum yang mantap dan koheren bagi sekolah-sekolah tertakluk kepada perubahan begitu cepat sehingga sukar bagi sekolah dan guru-guru untuk pasti akan bahan-bahan pelajaran, malah pengarang dan penerbit buku teks sukar hendak mengeluarkan edisi baharu dengan cukup cepat. Isu-isu berkenaan kemasukan universiti sudah cukup lama bergolak. Apapun, pendidikan Thai sudah banyak meningkat sejak 2001. Kebanyakan pelajar generasi kini celik komputer. Thailand menduduki tangga ke-54 daripada 56 negara yang dikaji untuk kemahiran bahasa Inggeris oleh EF.[36]

Pelajar-pelajar di kawasan etnik minoriti seringkali mencatatkan markah lebih rendah dalam ujian kebangsaan dan antarabangsa yang distandardkan.[37][38][39] Barangkali ini disebabkan peruntukan sumber peruntukan tidak sama rata, lemahnya latihan guru, kemiskinan dan kurang kemahiran bahasa Thai iaitu bahasa pengantar ujian-ujian.[40][41]

Ujian IQ menyeluruh senegara dijalankan terhadap 72,780 orang pelajar Thai dari Disember 2010 hingga Januari 2011. Didapati purata IQ-nya 98.59 mata, lebih tinggi daripada hasil kajian lepas. Tahap IQ didapati naik turun di seluruh negara, dengan purata terendah 88.07 di kawasan selatan wilayah Narathiwat dan yang tertinggi sebanyak 108.91 di wilayah Nonthaburi. Kementerian Kesihatan Awam menyalahkan kekurangan iodin bagi kepincangan ini dan langkah-langkah diambil untuk mewajibkan penambahan iodin dalam garam halus seperti yang diamalkan di negara-negara Barat.[42]

Rujukan

WikiPedia: Thailand http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2014/05/1... http://rspas.anu.edu.au/pah/human_rights/papers/20... http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://asian-efl-journal.com/quarterly-journal/201... http://www.asiasentinel.com/politics/thailands-mas... http://www.bangkokpost.com/learning/learning-from-... http://www.bangkokpost.com/print/421966/ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/589625/T... http://www.britannica.com/blackhistory/article-241... http://www.foxnews.com/story/0,2933,214562,00.html