Sukan Thailand

Muay Thai, sukan lambang Thailand

Muay Thai ialah sukan lambang negara Thailand yang berupa tinju tendang (tomoi), di mana para peserta menendang, menumbuk, menghentam dengan lutut dan siku dengan memakai sarung tangan seakan tinju Barat. Dengan itulah Thailand dapat melahirkan ramai jaguh dalam sukan tinju.

Bola sepak telah mengatasi Muay Thai sebagai sukan yang paling ramai pengikut dalam masyarakat Thai masa kini. Pasukan bola sepak kebangsaan Thailand telah bermain di Piala AFC enam kali dan mencapai separuh akhir pada 1972. Thailand pernah menjadi tuan rumah Piala Asia dua kali, iaitu pada tahun 1972 dan 2007. Edisi 2007 dikongsikan hak tuan rumah bersama Indonesia, Malaysia dan Vietnam. Orang Thai juga gemar menonton Liga Perdana Inggeris melalui televisyen serta memakai jersi replika kelab pujaan mereka. Satu lagi hobi kegemaran orang Thai ialah bermain layang-layang yang dahulunya juga sukan kompetitif.

Stadium Nasional Rajamangala

Takraw merupakan sukan asal Thailand seakan-akan sepak raga di mana pemain hanya dibenarkan menyentuh dan menghantar bola rotan dengan kaki, lutut, dada dan kepala. Sepak takraw merupakan bentuk gabungan takraw dengan bola tampar yang popular di merata Asia Tenggara, di mana pemain mesti menghantar bola mengatasi jaring dan jatuh ke tanah pihak lawan.

Thailand sering digelar ibu kota golf Asia[56] kerana ia merupakan destinasi popular bagi penggemar golf. Negara ini menarik ramai pemain golf dari Jepun, Korea, Singapura, Afrika Selatan dan negara-negara Barat yang datang untuk bermain golf di Thailand setiap tahun.[57] Meningkat popularnya golf di kalangan kelas menengah dan imigran ternyata dengan adanya lebih 200 buah padang golf seluruh negara,[58] malah ada yang terpilih untuk mengadakan kejohanan PGA dan LPGA seperti Amata Spring Country Club, Alpine Golf and Sports Club, Thai Country Club, dan Black Mountain Golf Club.

Selain daripada yang atas, antara sukan-sukan yang digemari di Thailand termasuk bola keranjang, ragbi, dan snuker. Kejayaan dalam sukan seperti angkat berat dan taekwondo membuktikan bahawa tinju bukan lagi satu-satunya sandaran Thailand untuk kejayaan Olimpik.

Tempat acara

Stadium Thammasat Stadium merupakan stadium pelbagai guna di Bangkok dengan muatan 25,000 orang yang kini digunakan terutamanya untuk bola sepak. Letaknya di kampus Rangsit Universiti Thammasat, ia dibina untuk Sukan Asia 1998 oleh firma pembinaan Christiani & Nielsen, syarikat sama yang membina Tugu Demokrasi di Bangkok.

Stadium Nasional Rajamangala merupakan arena sukan terbesar di Thailand dengan muatan 65,000 orang. Terletak di Bang Kapi, Bangkok, ia dibina pada 1998 sempena Sukan Asia 1998 dan menjadi pangkalan pasukan bola sepak kebangsaan Thailand.

Rujukan

WikiPedia: Thailand http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2014/05/1... http://rspas.anu.edu.au/pah/human_rights/papers/20... http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://asian-efl-journal.com/quarterly-journal/201... http://www.asiasentinel.com/politics/thailands-mas... http://www.bangkokpost.com/learning/learning-from-... http://www.bangkokpost.com/print/421966/ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/589625/T... http://www.britannica.com/blackhistory/article-241... http://www.foxnews.com/story/0,2933,214562,00.html