Tentera Thailand

Tentera Darat Diraja Thai menembakan howitzer M198 ketika berlatihHTMS Chakri Naruebet, sebuah kapal induk pesawat udara milik Tentera Laut Diraja ThaiSebuah pesawat F-16 Fighting Falcon milik Tentera Udara Diraja Thai

Angkatan Tentera Diraja Thai (กองทัพไทย) merupakan angkatan tentera Kerajaan Thailand yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Thai (กองทัพบกไทย), the Tentera Laut Diraja Thai (กองทัพเรือไทย), dan Tentera Udara Diraja Thai (กองทัพอากาศไทย), di samping juga pelbagai angkatan separa tentera.

Angkatan Tentera Diraja Thai mempunyai tenaga manusia berjumlah 306,000 orang anggota aktif dan 245,000 orang anggota simpanan.[21] Jawatan ketua Angkatan Tentera Diraja Thai (จอมทัพไทย, Chom Thap Thai) dipegang oleh Raja,[22] tetapi atas nama sahaja. Angkatan tentera diurus oleh Kementerian Pertahanan Thailand yang diketuai oleh Menteri Pertahanan (ahli jemaah menteri Thailand) dan diperintah oleh Ibu Pejabat Angkatan Tentera Diraja Thai yang diketuai oleh Ketua Angkatan Pertahanan Thailand.[23] Pada 2011, perbelanjaan tentera Thailand diketahui berjumlah kira-kira AS$5.1 bilion.[24]

Menurut perlembagaan, berkhidmat dalam tentera adalah tugas semua warga Thai.[25] Akan tetapi, hanya lelaki berumur 21 tahun ke atas yang tidak pernah melalui latihan simpanan Pelajar Pertahanan Wataniah diberi pilihan untuk merelakan diri untuk masuk tentera atau menyertai "kerahan rawak". Calon-calon dikehendaki berkhidmat penuh selama enam bulan hingga dua tahun mengikut tahap pendidikan mereka, sejauh mana mereka menjalani latihan simpanan, dan sama ada mereka merelakan diri sebelum tarikh kerahan (biasanya 1 April setiap tahun).

Hari Tentera disambut pada 18 Januari bersempena kemenangan Raja Naresuan dari Kerajaan Ayutthaya ke atas raja muda Taungoo pada 1593.

Rujukan

WikiPedia: Thailand http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2014/05/1... http://rspas.anu.edu.au/pah/human_rights/papers/20... http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://asian-efl-journal.com/quarterly-journal/201... http://www.asiasentinel.com/politics/thailands-mas... http://www.bangkokpost.com/learning/learning-from-... http://www.bangkokpost.com/print/421966/ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/589625/T... http://www.britannica.com/blackhistory/article-241... http://www.foxnews.com/story/0,2933,214562,00.html