The_Da_Vinci_Code_(filem)

The Da Vinci Code ialah sebuah filem 2006 arahan Ron Howard, berdasarkan novel terlaris 2003 dari judul yang sama oleh Dan Brown. Ia merupakan antara filem terhangat 2006 dan telah muncul sebagai filem pembuka di Festival Filem Cannes pada 17 Mei 2006. Filem ini kemudiannya diedarkan di Malaysia pada 18 Mei 2006 dan di Amerika Syarikat oleh Columbia Pictures sehari kemudian.