The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_2
The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_2

The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_2

The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 ialah sebuah filem sains fiksyen distopia perang Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Francis Lawrence dengan lakon layar oleh Peter Craig dan Danny Strong. Ia merupakan filem keempat dan terakhir dalam siri filem The Hunger Games dan filem kedua berdasarkan novel Mockingjay, novel terakhir dalam trilogi The Hunger Games oleh Suzanne Collins. Ia diterbitkan oleh Nina Jacobson dan Jon Kilik serta diedarkan oleh Lionsgate. Filem ini menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Julianne Moore, Sam Claflin, Jena Malone, Willow Shields, Natalie Dormer, Robert Knepper, Philip Seymour Hoffman (peranan terakhirnya dalam filem) dan Donald Sutherland. Ia merupakan sekuel kepada bahagian pertama adaptasi Mockingjay, The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 yang ditayangkan pada 21 November 2014.Plot menceritakan Katniss Everdeen dimana dia bersedia untuk memenangi peperanagan menentang Presiden Snow (Donald Sutherland) dan Capitol yang kejam. Bersama-sama Peeta, Gale, Finnick dan lain-lain, dia menuju ke Capitol untuk membunuh Snow. Walau bagaimanapun, Presiden Coin (Julianne Moore), pemimpin Daerah 13 dan pemberontakan, menyembunyikan agenda yang lebih besar yang bukan sahaja boleh menjejaskan kehidupan Katniss tetapi juga masa depan Panem. Fotografi utama untuk kedua-dua bahagian filem bermula pada 23 September 2013 di Atlanta sebelum berpindah ke Paris selama dua minggu untuk penggambaran dan secara rasminya berakhir pada 20 Jun 2014 di Berlin, Jerman.[7]Mockingjay – Part 2 diterima secara positif oleh pengkritik untuk persembahan lakonan, lakon layar dan babak aksi tetapi menerima kritikan kerana membahagikan novel ini kepada dua adaptasi berasingan. Part 2 ditayangkan pada 20 November 2015 di Amerika Syarikat dalam format 2D dan IMAX, dan di peringkat antarabangsa dalam format 2D, 3D, RealD Cinema dan IMAX 3D di negara-negara terpilih; ia merupakan satu-satunya filem dalam siri ini yang ditayangkan secara meluas dalam format 3D. Filem ini mengutip $653 juta di seluruh dunia yang merupakan paling rendah daripada empat filem dalam francais ini.

The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_2

Bahasa Inggeris
Berdasarkan Mockingjay oleh
Suzanne Collins
Lakon layar oleh Danny Strong
Peter Craig[1]
Muzik oleh James Newton Howard
Disunting oleh Alan Edward Bell
Mark Yoshikawa
Pengarah Francis Lawrence
Penerbit Nina Jacobson
Jon Kilik
Pecah panggung $652,955,370[6]
Mula ditayangkan
  • 4 November 2015 
    (Berlin)
  • 20 November 2015 
    (Amerika Syarikat)
Syarikatpenerbitan
Color Force
Sinematografi Jo Willems
Tempoh tayangan 137 minit[2][3]
Dibintangi oleh
Negara Amerika Syarikat
Pengedar Lionsgate
Perbelanjaan $160 juta[4][5]

Rujukan

WikiPedia: The_Hunger_Games:_Mockingjay_–_Part_2 http://www.accessatlanta.com/weblogs/buzz/2013/sep... http://www.boxofficemojo.com/franchises/chart/?id=... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=hungergame... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=4130&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/yearly/chart/?view2=w... http://www.bustle.com/articles/125655-whats-on-the... http://www.cnbc.com/2015/11/23/the-associated-pres... http://collider.com/hunger-games-mockingjay-franci... http://deadline.com/2015/02/mockingjay-2-imax-3d-1...